Pramugari ini kongsi rahsia dapatkan makanan percuma untuk penumpang atas kapal terbang. Terdapat beribu-ribu penumpang yang terbang keluar dari United Kingdom (UK) menghadapi masalah seperti terpaksa menghadapi barisan yang panjang dan terlepas penerbangan.
Situasi ini sungguh berbeza dengan penerbangan di Britain kerana biasanya urusan di sana lebih senyap dan tenang sehingga anda perlu menaiki pesawat itu.
Sesetengah staf kerap kali berkongsi petua bagi mendapatkan minuman percuma dan cara untuk menghentikan bayi daripada menangis.
Walau bagaimanapun, ada juga masalah yang sering berlaku seperti penumpang menunggu untuk mendapatkan makanan, ditambah dengan tangisan bayi akibat sakit telinga ketika kapal terbang berlepas.
Oleh itu, sebilangan kru kapal mengetahui beberapa petua yang boleh menjadikan penerbangan para penumpang lebih selesa.
Menurut Reddit, salah seorang ahli pramugari berkongsikan petuanya untuk mendapatkan lebih banyak makanan ringan dan minuman berbanding penumpang lain.
Pramugari itu mendakwa ibunya memberi nasihat tersebut berdasarkan pengalamannya bekerja dalam industri berkenaan selama beberapa dekad.
Dia turut menulis dan berkongsikan tentangnya dalam senarai ‘hack’ penerbangan. Difahamkan, ibunya pernah sebagai pramugari pada 40 tahun lalu.
“Beli snek atau coklat, selepas kapal berlepas pergi serahkan snek itu kepada staf kapal dan berboraklah dengan mereka.
“Setiap kali mereka lalu pasti minuman atau makanan percuma akan ada di tempat duduk kamu,” katanya, memetik Daily Star.
Ia sememangnya pelaburan yang berbaloi jika mahukan lebih banyak hidangan dan minuman daripada yang biasanya diedarkan.
Sementara itu, terdapat juga petua yang dikongsikan untuk memastikan anak-anak yang menaiki kapal terbang tidak menjerit semasa ia sedang berlepas.
Apa yang boleh dilakukukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak mereka tidak menjerit adalah mengunyah gula-gula getah untuk menghalang telinga menjadi bingit.
Tetapi, helah itu tidak berkesan sekiranya kanak-kanak itu masih lagi bayi. Mungkin membawa patung adalah salah satu langkah yang boleh dipraktikkan.
Selain itu, seorang pengembara turut berkongsikan mengenai petua yang dia pelajari untuk terbang (penerbangan) bersama bayi.
“Jika mereka (bayi) masih menggunakan puting, dapatkan sebungkus gula dan celupkan puting ke dalamnya sebelum berlepas.
“Kemanisannya akan membuatkan mereka menghisapnya lebih kuat dan ia akan membantu menghalang telinga mereka daripada bingit disebabkan mendengar enjin kapal semasa berlepas supaya tidak banyak menangis,” katanya, memetik Daily Star.
Pandai!
baca:
Wajah anak penyanyi dangdut diejek seperti monyet
Bosan fasa lockdown, ayah dan anak ubah Ford Fiesta jadi bot
Iphone masih belum terima rangkaian 5G di Malaysia, ini penjelasan DNB