PPN : Ada negeri bakal beralih ke fasa 2?

PPN : Ada negeri bakal beralih ke fasa 2?

PPN : Ada negeri bakal beralih ke fasa 2?.Keputusan sama ada terdapat negeri akan memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bakal diketahui petang ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan perincian mengenai nilai ambang bagi negeri-negeri yang mencapainya dalam sidang akhbar petang ini.

Nilai ambang merujuk kepada satu bentuk indikasi bagi membolehkan sesebuah negeri beralih daripada satu fasa ke fasa seterusnya menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

ppn

Menerusi kenyataan di Facebook beliau, Ismail Sabri berkata, pihaknya sedang menyiapkan penelitian mengenai perkara tersebut.

“Hampir lengkap penelitian minggu ini berkaitan negeri-negeri lain yang telah mencapai nilai ambang. Masih ada yang perlu disiapkan.

“Insya-Allah saya akan mengumumkannya dalam sidang media esok (hari ini). Nantikan.,” katanya.

Sebelum ini,Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat fasa melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Setiap fasa pelan pemulihan itu berpandukan kepada data tiga indikator iaitu kes harian Covid-19, kapasiti penggunaan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar vaksinasi penduduk sebelum beralih ke fasa berikutnya.

Antara negeri yang memohon untuk peralihan fasa PPN ialah Perlis yang mempunyai kes harian yang rendah.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/03/ismail-umum-nilai-ambang-negeri-petang-ini/

Jika Anda Terlepas: Panas !!! Keluar kerajaan PN : MKT vs MP Umno, apa kesudahannya?