PPBM Pahang nyatakan sokongan sebulat suara kepada Muhyiddin

PPBM Pahang nyatakan sokongan sebulat suara kepada Muhyiddin

Badan Pimpinan Negeri PPBM Pahang telah bermesyuarat pada 20 Jun 2021 dan BPN telah mencapai satu kesepakatan dan secara sebulat suara dengan ini menyokong penuh kepimpinan YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin , Presiden Bersatu Malaysia merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Kami juga menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kerajaan Perikatan Nasional dibawah kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ingin ditegaskan disini bahawasanya BPN BERSATU Pahang akan terus bersama kepimpinan rakan-rakan komponen PN, sama ada di peringkat pusat dan juga negeri.

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara, terutamanya dalam negara sedang menghadapi cabaran pandemik covid 19.

DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH
Ketua Badan Pimpinan Negeri

Sumber :