1.Permainan politik dalam memburukkan pesaing masing-masing tidak pernah sunyi di Malaysia. Semua mahu menjadi juara dalam mempamerkan siapakah yang terbaik dalam mendapatkan aib lawannya, tanpa menyelidik terlebih dahulu samada cerita itu benar atau palsu.
.
2.Beberapa tahun sebelum ini pernah muncul kisah-kisah seks yang bertujuan menjatuhkan reputasi individu, bukan sahaja pemimpin politik malah terpalit juga pada tokoh-tokoh agama.
3.Kini setelah surut sebentar, muncul pula video seks yang mempamerkan 2 orang lelaki dan sekali lagi dikaitkan dengan pemimpin sesebuah parti politik. Ditambah pula dengan munculnya individu yang mengaku bahawa dialah salah seorang di dalam video tersebut.
.
4.Kita tidak boleh lagi membiarkan budaya politik kotor dan keji ini berlaku kerana ia boleh merendahkan martabat, akhlak dan moral sesuatu bangsa serta menjatuhkan maruah seseorang. Apatah lagi perbuatan dosa ini sangat dimurkai oleh Allah s.w.t
.
5.Saya percaya ini semua kerja jahat politik dalam memburukkan individu yang mereka benci. Saya berharap agar tindakan tegas daripada pihak berkuasa agar menyiasat kes ini termasuk menahan individu yang dikenali sebagai Haziq itu untuk siasatan lanjut.
.
6.Tindakan tegas perlu dilaksanakan apatah lagi sudah sekian lama Malaysia terperangkap dalam budaya politik jijik ini, dan sekaranglah masa untuk berteg supaya tidak ada lagi mana-mana individu yang akan melakukan perkara yang sedemikian rupa.
Muhammad Khomeini Bin Kamal
Exco Pemuda Amanah Negeri Melaka.