Polis siasat rakaman video tular makan beramai tepi sungai

Polis siasat rakaman video tular makan beramai tepi sungai

Polis siasat rakaman video tular makan beramai tepi sungai.Polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan video sekumpulan individu makan secara beramai-ramai di sebuah pondok tepi sungai di Skudai, Johor yang tular di media sosial.

Video berdurasi dua minit 17 saat terbabit tular selepas dimuat naik menerusi akaun pengguna Facebook yang menggunakan nama Atan Abdul.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Rupiah Ab Wahid, seramai 12 individu terdiri daripada lelaki dan wanita itu didapati menikmati makanan secara berkumpulan yang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Ia jelas melanggar SOP di bawah Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu larangan berkumpul mengadakan atau menghadiri sebarang majlis berkumpulan.

Polis

“Mereka tidak mematuhi penjarakan fizikal dan tidak menggunakan pelitup muka,” katanya yang dipetik dalam laporan Berita Harian.

Kes itu disiasat mengikut Perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 yang memperuntukkan hukuman denda RM4,000 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Rupiah sekali lagi menegaskan kepada orang ramai supaya mematuhi peraturan dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

Menerusi video tular berkenaan, mereka dilihat dengan selambanya menikmati hidangan secara berkumpulan tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan yang dilakukan.

Kejadian di sebuah perkampungan di tepi sungai itu turut menunjukkan gelagat penganjur yang sempat memperkenalkan identiti tetamu ketika sesi penerangan SOP dan vaksinasi kepada penduduk kampung.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/20/polis-siasat-video-potluck-tepi-sungai/

Jika Terlepas: Facebook pembunuh !!! Dakwa Presiden Amerika Syarikat