Polis, gadis remaja antara 14 ditahan dalam parti liar

bomoh

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan anggota berpangkat Koperal, antara 14 individu ditahan dalam serbuan terhadap parti liar di sebuah apartmen dekat Jalan Batu Kawa, Kuching.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail berkata turut ditahan dalam serbuan itu seorang penolong pegawai kesihatan dan pelajar perempuan tingkatan empat.

Polis, gadis remaja antara 14 ditahan dalam parti liar

Saringan awal mendapati kesemua suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail.

Katanya, serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak kira-kira jam 10 pagi, Rabu lalu.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan orang lelaki dan lima orang wanita. Pasukan operasi turut merampas 14.57g ketamin, 14 biji pil ekstasi dan lima biji pil eramin dalam serbuan itu.

“Saringan awal kencing dapati kesemua suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine. Mereka kini ditahan reman di lokap Siburan dan lokap Beratok, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sehingga esok,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Aidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA JUGA : Al-Mursyidul Am yakin PAS boleh menang di PRN Melaka
Panas !!! Pelatih pusat latihan mati dipercayai dibelasah warden

Artikel ini disiarkan pada 08/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)