Polis dedah kisah sebenar remaja ditangkap curi tabung masjid

Polis dedah kisah sebenar remaja ditangkap curi tabung masjid.Polis menafikan dakwaan tindakan seorang remaja yang tular kerana mencuri dana tabung masjid untuk membeli ubat datuknya, sebaliknya adalah bagi kegunaan membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun itu mencuri duit tabung untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian.

“Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.

“Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Polis dedah kisah sebenar remaja ditangkap curi tabung masjid

Katanya, berdasarkan pengakuan remaja terbabit, dia telah terjebak dalam penagihan dadah sejak kira-kira setahun.

Pada Khamis, remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti ‘jenazah’akibat cuba mencuri tabung masjid, dikenakan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap remaja berusia 19 tahun itu, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Masjid Al Islahiah Kilometer (km) 28 Kuang, Rawang di sini, pukul 11.58 malam pada 8 Januari lalu (2022).

BACA JUGA : Pencuri tabung masjid kena cekup, penyudahnya dimandikan seperti jenazah oleh Tok Imam
Ini 10 sebab mengapa berbaloi tunggu 6 bulan untuk dapatkan Proton X50
Asri bidas golongan agamawan suka bincang isu gosip peribadi, bisu dalam isu rasuah