Polis datang rumah, bukan untuk kompaun tapi hantar bantuan

Polis datang rumah, bukan untuk kompaun tapi hantar bantuan

Polis datang rumah, bukan untuk kompaun tapi hantar bantuan. Bantuan Kebajikan Makanan Kepada Seramai (14) Orang Yang Kehabisan Bekalan Makanan Oleh IPD Sepang.

Pada 03/07/2021 jam lebih kurang 2010 Hrs, Full Manning IPD Sepang (FM) telah terima panggilan telefon daripada (1) perempuan Melayu memaklumkan bahawa adiknya yang bekerja di kilang WRP, Bandar Baru Salak Tinggi telah kehabisan bekalan makanan.

Turut tinggal bersama adik pengadu ialah seramai (13) orang lagi rakannya. Mereka terdiri dari pekerja kilang yang sama dan telah dikuarantin dalam sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sepang.

Bertindak atas maklumat tersebut atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab sosial, Ketua Polis Daerah Sepang iaitu YDH ACP Wan Kamarul Azran bin Wan Yusof telah mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan supaya bantuan makanan segera dihantar ke rumah tersebut.

Pada 3/7/2021 jam lebih kurang 2115 Hrs, anggota tugas Unit MPV IPD Sepang (SL 1211) telah sampai ke premis tersebut dan menyerahkan sebanyak (16) bungkus nasi berlauk kepada penghuni rumah.

Wakil penerima mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis IPD Sepang di atas bantuan yang telah diberikan.

Sumber :

BACA JUGA : Panas !!! MP Umno dedah hasil pertemuan rahsia di banglo Jalan Bellamy