PN sokong GPS, tak letak calon di PRN Sarawak .Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata bahawa partinya tidak menyokong tindakan Ali Biju mempertahankan kerusi DUN Krian yang disandangnya sebagai calon bebas di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
“Tindakan Ali Biju tidak selari dengan keputusan parti.
“Perikatan Nasional (PN) menyokong GPS dalam PRN Sarawak dan tidak meletakkan calon di semua kerusi,” katanya
Memetik laporan malaysiakini Faizal tidak menjelaskan adakah Ali akan diambil tindakan disiplin kerana melanggar keputusan parti.
Ahmad Faizal Azumu juga diminta mengulas laporan bahawa Ali sedia untuk mempertahankan DUN Krian sebagai calon bebas yang dipegangnya selama dua penggal selepas Bersatu memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRN kali ini.
Ali binu yang kini juga sedang memegang jawatan timbalan menteri tenaga dan sumber asli merupakan bekas pemimpin PKR sebelum keluar daripada parti itu dan menyertai Bersatu yang merupakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN).
Sementara itu, Faizal berkata bahawa partinya tetap dengan keputusan Presidennya Muhyiddin Yassin yang sebelum ini mengumumkan gabungan itu tidak akan menyertai PRN Sarawak bagi menghormati kehendak kepimpinan GPS.
Mengulas lanjut beliau mendoakan GPS akan diterima oleh para pemilih dan akan berjaya menubuhkan kerajaan di negeri Sarawak untuk meneruskan pembangunan demi kepentingan rakyat,” katanya.
Dalam satu kenyataan lain Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata bahawa parti tidak membenarkan ahli bertanding dalam pilihan raya tanpa kebenaran.
Ali biju yang bertanding sebagai calon bebas juga boleh dikenakan Tindakan tatatertib dan boleh dipecat.
Peraturan ini terpakai kepada Sarawak dan parti akan membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan media hari ini tanpa menamakan Ali.
Beliau juga menegaskan ahli Bersatu telah diarahkan oleh presiden parti untuk berkempen bagi sekutu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya dewan undangan Sarawak.