PN sekarang kerajaan, dakwalah PH kalau ada salah laku

PN sekarang kerajaan, dakwalah PH kalau ada salah laku

Kes Bossku sekarang ni tengah dibicarakan. Semua perbicaraan tu didedahkan kepada umum untuk kita nilai sendiri macam mana ‘pulunnya’ Najib untuk elak dari didakwa.

28 Julai bulan depan, keputusan akan keluar.

Semua yang ditanya peguam, semuanya dia cakap tak tahu. Yang ni bukan propaganda, memang didedah sendiri. Nak cover macam mana lagi.

Cuma min perasan, korang akan komen dengan kes-kes ahli politik PH, kononnya PH pun ada kes juga.

Kes terowong LGE. Kes LTTE.

Ni nak bagitahu.

Sekarang ni korang Kerajaan. Peguam Negara korang yang punya.

Kalau korang rasa kes terowong LGE ni betul, apa kata korang suruh Peguam Negara buka balik kes ini?

Sama juga dengan kes LTTE. Suruhlah Peguam Negara buka balik.

Tak payah nak bising sangat. Korang tu Kerajaan. Dulu AG buka balik kes SD Azilah, so korang pun boleh buat benda yang sama.

Ingat, korang kerajaan. Buatlah benda yang korang rasa betul tu.

Itupun, kalau beranilah.

Sumber:

COMMENTS