PN perintah Malaysia : Ujian dan bala

PN perintah Malaysia : Ujian dan bala

Bila hari ini kecoh pasal perlarian rohingya yang telah halau balik oleh kerajaan PN (PAS sebahagian dari PN) yang mana mereka dahulu cuba jadi hero untuk rohingya , tiba-tiba terdetik dalam pemikiran saya, kenapa terlalu banyak ujian dan bala yang Allah timpakan pada kerajaan PN ini? Dan kenapa semua benda yang mereka dahulu lantang berjuang, ini dalam masa dua bulan telah nampak hiprokrit mereka?

Benarlah kata Ibnu Taimiyah yang:

“Allah membiarkan bertahan negara yang adil sekalipun dipimpin oleh orang kafir; dan (Dia) tidak membiarkan [negara] zalim untuk bertahan sekalipun dipimpin oleh penguasa Muslim” dan “Dunia itu akan bertahan bersama keadilan dan kekufuran dan tidak akan bertahan lama dengan kezaliman dan dengan Islam”

Ini menujukkan rahmat Allah itu hanya akan datang dan turun jika pemimpinnya berlaku adil; tidak kisahlah sesiapa pun yang memerintah. Kini kita ada satu kerajaan Melayu Islam, tapi urus tadbir hancur, menteri kabinet yang saling berganti-ganti menayangkan mewa untuk tatapan umum dan natijahnya rakyat yang makin menderita. Pasti akan ramai yang tersedar bahawa kerajaan Melayu Islam adalah satu utophia dan falasi, gah pada nama tapi rosak ke akar umbi.

Tapi kita sering tertanya, kenapa Allah takdirkan mereka memerintah menjadi kerajaan?

Sebagai umat Islam kita percaya dengan Qada dan Qadar Allah, kita juga percaya yang pada hari di tiupkan roh ke dalam rahim ibu kita, segala rezeki dan ajal sudah di tentukan. Sudah tentu boleh sahaja ALlah terus memasukan manusia ke dalam syurga dan neraka terus kalau Dia mahu tetapi Allah berikan peluang kita untuk hidup di dunia yang sementara ini.

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Al-An’Am/6:32)

Dah Allah juga telah merakamkan permintaan orang yang zalim di hari akhirat untuk di kembalikan semula di dunia untuk bertaubat tetapi Allah telah menolak permintaan mereka kerana Allah tahu mereka pasti akan kembali berbuat zalim.

“Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?”. [Ibrahim/14:44]

Ini Allah sebut yang penzalim itu semuanya adalah pendusta, jika di beri peluang kembali ke dunia, mereka masih akan mengulangi kezaliman mereka.

“Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka [al-An’am/6:28]

Allah tahu yang PAS selalu berdagang ayat-ayat Allah demi sedikit habuan dunia, lalu Allah zahirkan apa yang tersembunyi di dalam hati-hati mereka. Tanpa tertubuhnya kerajaan atap ini, kita tidak tahu orang yang 20 tahun berjuang bersama kita adalah pengkhianat. Kita tidak tahu orang yang kita angkat selepas dia di zalimi akibat skandal 1MDB, akan kembali bersama dengan penzalim tersebut lalu dia sendiri menjadi sebahagian dari kumpulan yang zalim. Kita juga kini tahu yang ada sarjana dan kedoktoran, muhaddisin bukanlah perisai yang kukuh untuk melawan pengkhiatan. Sebab itu tidak hairan sarjana yang sama boleh pula jadi perisai untuk orang-orang yang zalim.

Allah izinkan pengkhianatan pemimpin politik, mufti, sarjana dan ahli2 parlimen hanya untuk menguji siapa yang beriman dan siapa yang tertewas dengan ujian. Allah izinkan pengkhianatan yang mereka rancang berbulan-bulan sampai mereka sanggup menjual Allah, rasul dan prinsip-prinsip yang mereka dahulu perjuangkan.

Cuma mereka lupa yang IZIN ALLAH JIKA TIDAK DATANG BERSAMA REDHANYA akan JADI ISTIDRAJ. Bila sudah kena istidraj ini yang mereka lagi hanyut. Makin kuat mereka memfaraid harta awam, pecat orang yang berkelayakan demi ghanimah politik, Allah terus mudahkan urusan mereka untuk terus merompak hasil negara. Bantuan pada rakyat pun mereka sengaja lambatkan, pula tu di serah pada pimpinan politik tertentu, yang bantuan seratus hanya dapat 1/3. Mereka kira mereka hebat dapat menipu Allah, tetapi mereka sebenarnya menipu diri sendiri.

Saya juga melihat ini sebagai hijab yang Allah sengaja angkat untuk melihatkan hipokritnya parti PAS dalam perjuangan mereka. Dahulu siapa yang berani persoalkan pasal RUU355 terus dianggap kafir, kini mereka sendiri kata itu bukan keutamaan. Menteri Agama mereka jumpa LGBT pun mereka kata ada kelainan, Islam terancam, BMF kini ke laut, kes arwah Adib yang mereka tunggang setiap kali ada kematian melibatkan kaum-kaum yang lain juga ghuyub.

Dahulu bila mereka kafirkan UMNO sebab UMNO tolak hudud, alasan mereka, yang jika mereka di bangkitkan nanti di akhirat mereka akan berjumpa Allah dengan mengadu yang UMNOlah sebab hudud tidak di laksanakan. Kini tak tahu apa pula alasan mereka di hadapan Allah bila pemimpin mereka sendiri memperlekah RUU355 sekarang.

Bila PAS sudah jadi kerajaan buat kali kedua, ini adalah bala yang Allah beri untuk lihat sama ada mereka ini benar-benar berjuang di jalan Allah ataupun mencari habuan dunia. Setakat ini yang saya nampak mereka semua tengah sibuk berbahagi harta rampasan jawatan2 yang satu masa dahulu mereka tentang.

Dan hikmah bila mereka mendapat kuasa cara tebuk atap ialah supaya bila mereka berjumpa dengan Allah nanti, langsung tidak ada alasan lagi untuk tidak melaksanakan hudud. Dahulu mereka salahkan UMNO, lepas tu salahkan DAP, kini mereka sudah ada kuasa, dan hudud masih tidak terlaksana, itu adalah salah mereka sendiri; nampaknya macam mizan kebaikan mereka sedang dikosongkan tapi mereka masih lagi tidak sedar dan bertaubat.

Walaupun kerajaan PN semacam takut hendak menghadiri sidang parlimen, saya sendiri berdoa agar kerajaan haram ini supaya sempat sampai pada masa budget 2021; bila GST 8%-10% terpaksa di laksana, macam-macam cukai dan bantuan kena tarik barulah golongan ruwaibidhah akan buka mata. Harap ini untuk membuktikan yang sentimen melayu Islam sahaja bukanlah satu resipi ampuh untuk satu baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur.

Sumber:

COMMENTS