PM sahkan ada Menteri sedang bercuti di luar negera, arah segera pulang

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua menteri membatalkan rancangan bercuti di luar negara bagi membantu mangsa banjir di beberapa negeri.

Bagi menteri yang sedang berada di luar negara pula, beliau meminta mereka pulang segera ke tanah air untuk bersama membantu Keluarga Malaysia yang dalam kesusahan.

“Kalau mereka (menteri) yang belum bercuti dan sebagainya, saya minta menteri batalkan percutian masing-masing sehingga selesai masalah banjir ini,” katanya dalam catatan di Facebook.

PM sahkan ada Menteri sedang bercuti di luar negera, arah segera pulang

Ismail Sabri Yaakob mengarahkan menteri membatalkan percutian mereka sehingga krisis banjir selesai.

Sementara itu, Ismail dipetik Bernama sebagai mengumumkan kerajaan akan menyumbang RM10,000 kepada waris mangsa korban banjir.

Ketika melawat mangsa banjir di Bentong, Pahang hari ini, katanya, beliau akan mendapatkan senarai nama mangsa korban daripada pusat bencana daerah bagi memastikan sumbangan itu disampaikan segera.

“Kita amat simpati dan sedih dengan apa yang berlaku dan kita akan beri sumbangan…kita akan salurkan melalui pejabat daerah dan mereka akan salurkan kepada waris mangsa.

“Difahamkan, kerajaan Pahang juga akan menyalurkan RM5,000 kepada waris mangsa terkorban,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu di Bentong.

Dalam pada itu, Ismail berkata, kerajaan memperuntukkan RM50 juta kepada Pahang dan Selangor.

BACA JUGA : Warga emas dihukum penjara 6 tahun rogol kambing betina
Anggota Bomba petik ketum, ini penjelasan Pengarah Bomba

Artikel ini disiarkan pada 24/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)