PM menghadap Agong hari ini melalui sidang video

PM menghadap Agong hari ini melalui sidang video

PM menghadap Agong hari ini melalui sidang video

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet, pada Rabu.

Melalui hantaran Facebook, Istana Negara memaklumkan sesi yang berlangsung selama satu jam itu diadakan menerusi sidang video di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Sumber Facebook IstanaNegaraOfficial


Jelas Istana Negara, Mesyuarat Pra-Kabinet merupakan aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri dalam urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Titah Seri Paduka, Parlimen yang berperanan sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.
Titah itu sebaik sahaja selesai Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, minggu lalu.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-menghadap-agong-untuk-mesyuarat-prakabinet-melalui-sidang-video-304613