PKP atau tidak? PM belum buat keputusan, dedah Ketua Menteri Pulau Pinang

PKP atau tidak? PM belum buat keputusan, dedah Ketua Menteri Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mendedahkan tiada keputusan dibuat oleh Putrajaya buat masa ini untuk mengenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) baharu di seluruh negara.

Bercakap susulan mesyuarat Covid-19 dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini, beliau berkata tiada keputusan berhubung perkara itu buat masa ini.

“Jadi Pulau Pinang kekal statusnya seperti sekarang,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak diletakkan bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) hingga 17 Mei, menurut laman web Kementerian Kesihatan.

PKP yang mengawal pergerakan sepenuhnya diisytiharkan di Kelantan hingga 17 Mei, selain di beberapa kawasan di Sabah, Johor, Pahang dan Kedah.

Pada masa sama, syarat lebih longgar mengikut PKP pemulihan (PKPP) berkuat kuasa di beberapa bahagian di Kedah, Negeri Sembilan, dan Pahang. Perak, Terengganu, Perlis, Putrajaya, Labuan serta Melaka tertakluk sepenuhnya bawah PKPP.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/03/pm-belum-buat-keputusan-pkp-baharu-kata-chow/