PJ PAS MELAKA tak tahu dimana pejabat MAIM?

1.Pada 2 Februari 2019 bersamaan hari Sabtu yang lepas, PAS Melaka yang diketuai oleh Kamaruddin Sidek bersama UMNO yang dipimpin oleh Dr.Ashraf Wajdi telah menganjurkan ceramah kelompok di Durian Tunggal.
.
2.Program tersebut yang menampilkan cantuman PAS dan UMNO di dalam satu pentas tidak asing lagi kerana sudah beberapa kali pemimpin tertinggi setiap parti itu menyatakan kesudian untuk saling bekerjasama.
.
3.Ini ialah satu bentuk perubahan politik yang sangat baik kerana kerajaan Malaysia Baharu sangat memerlukan pembangkang yang kompeten dan berkredibiliti demi memberikan semak-imbang kepada pentadbiran negara.
.
4.Namun sangat mengecewakan apabila kandungan ceramah yang disampaikan pada program tersebut sangat menyimpang dari fakta yang sebenar. Pemuda AMANAH Negeri Melaka meneliti bait-bait ceramah yang diucap oleh Kamarudin Sidek dan meminta penjelasan dari pihak Majlis Agama Islam Melaka mengenainya, dan ternyata ianya sangat terpesong.
.
5.Ada 2 perkara yang disentuh mengenai Majlis Agama Islam Melaka di dalam ceramah beliau iaitu :
.
(i)Pelantikan Jawatankuasa Masjid
Beliau menyatakan jawatankuasa masjid telah dicatur demi mengelakkan orang PAS dan UMNO menyertainya dan telah 8 bulan masjid-masjid di Melaka tiada jawatankuasa
.
(ii)Isu Duit Tabung Masjid
Kamarudin Sidek berkata bahawa semua duit dari tabung masjid akan dipusatkan di MAIM, dan tidak boleh diuruskan oleh jawatankuasa masjid
.
6.Pemuda AMANAH telah menerima maklum balas daripada PENASIHAT UNDANG-UNDANG MAIM dan juga PENGURUSAN MASJID JAIM, dan nyata ianya bertentangan dengan tuduhan melampau Kamarudin Sidek tersebut. Secara ringkasnya ialah :
(i)Jawatankuasa Masjid
Pihak JAIM telah melaksanakan sistem temuduga untuk sesi 2019-2021, dan ianya diadili oleh pegawai-pegawai agama yang berautoriti di negeri Melaka seperti SS Mufti Melaka, Pengarah Jaim, Penolong Pengarah Pengurusan Masjid dan sebagainya. Sekiranya calon itu melepasi temuduga tersebut maka secara rasmi merekalah yang akan dilantik menjadi jawatankuasa masjid
.
Manakala 8 bulan tanpa jawatankuasa masjid juga merupakan 1 pembohongan yang besar. Ini berikutan kerana jawatankuasa masjid sedia ada di negeri Melaka ini berakhir pada 31 Disember 2018.
.
(ii)Tabung Masjid
Isu Tabung Masjid diletakkan di bawah MAIM ianya merupakan satu lagi fitnah berat ke atas institusi agama negeri Melaka ini. Pihak MAIM hanya memantau laporan kewangan masjid melalui laporan penyata bulanan yang diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Masjid JAIM.
.
Sekiranya terdapat aduan penyalahgunaan kewangan masjid, MAIM akan melakukan audit bagi menyiasat isu tersebut bagi masjid yang terlibat. Tabung Masjid masih diurus oleh pihak jawatankuasa masjid bagi melaksanakan program-program pengimarahan dan juga kebajikan masyarakat.
.
7.Demikianlah penjelasan dari bahagian PENASIHAT UNDANG-UNDANG MAIM dan BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID JAIM yang diterima oleh PEMUDA AMANAH NEGERI MELAKA. Tuduhan melampau Kamarudin Sidek terhadap Majlis Agama Islam Melaka ini sangat teruk, apatah lagi beliau hanya berpaksikan pada khabar-khabar angin tanpa menyelidik sumber terlebih dahulu.
.
8.Sekiranya terdapat kesangsian, boleh sahaja datang ke pejabat MAIM untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan. Bukannya dengan membuat ceramah kelompok dan menyebar khabar-khabar palsu untuk dipercayai oleh orang yang mendengar. Kami sangat yakin beliau tahu di mana pejabat MAIM, oleh itu hadirkanlah diri kalian untuk mendapatkan kesahihan sebelum membuat sesuatu fitnah.
.
9.Pemuda AMANAH Melaka sangat berharap tindakan penghinaan seperti ini tidak dilakukan lagi. Ianya bukan sahaja mencemar nama baik institusi agama negeri, namun juga memberi imej buruk kepada Kamarudin Sidek di atas statusnya sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka, yang membuat tohmahan palsu dengan berpaksikan khabar angin yang tidak sahih.
.
NAZRI ZAMANI
PENGARAH KOMUNIKASI
PEMUDA AMANAH NEGERI MELAKA