Pingat emas olimpik Tokyo dah terkopek, atlet luah rasa bengang

Pingat emas

Pingat emas olimpik Tokyo dah terkopek, atlet luah rasa bengang.Jaguh gimnastik China, Zhu Xueying mempersoalkan kualiti pingat di Sukan Olimpik Tokyo selepas pingat emas miliknya mulai terkopek.

Atlet trampolin itu memuat naik di media sosial foto pingatnya yang terkopek selepas hanya empat minggu memilikinya di Tokyo.

Zhu meraih emas dalam acara trampolin individu wanita dengan catatan mata 56.635 menewaskan rakan senegara, Liu Lingling manakala gangsa milik jaguh Great Britain, Bryony Page.

Atlet berusia 23 tahun itu menunjukkan pingatnya yang terkopek di bahagian sebelah atas dan pada mulanya dia menganggap ia hanya kekotoran namun bahagian yang terkopek itu semakin membesar.

Pingat emas

‘Bolehkah pingat anda menjadi seperti ini,” katanya di media sosial Weibo.

‘Biar saya jelaskan. Pada mulanya saya anggap ia hanya sedikit kekotoran, jadi saya cuba bersihkan dengan jari tetapi tak berkesan dan tanda itu makin membesar.”

Dia memuat naik foto pingatnya di media sosial bagi mengetahui sama ada atlet lain turut berdepan isu yang sama.

Status itu pantas menjadi ‘viral’ dengan mendapat 20,000 komen dan membuatkan peminat terkejut.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pantas mempertahankan kualiti pingat dan mendakwa bahagian yang terkopek itu hanyalah lapisan luar dan bukannya lapisan pelindung emas.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/08/747612/pingat-emas-olimpik-cap-ayam

BACA: Misteri ‘obor-obor’ terbang gemparkan penduduk