Pilu hati suami bila isteri dicekup berkesedudukan dengan pegawai kerajaan

Seorang lelaki yang juga seorang suami yang curiga selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama empat bulan kecewa apabila menemui wanita itu sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki berstatus pegawai pemerintah, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Tedi itu ‘menangkap’ isterinya, WS sedang curang di sebuah rumah mewah milik pegawai pemerintah yang dikenali sebagai TK.

“Saya mencari dia (isteri), sehingga akhirnya saya melihatnya sedang berada di lapangan terbang bersama TK,’’ kata Tedi.

Pilu hati suami bila isteri dicekup berkesedudukan dengan pegawai kerajaan

Wanita tersebut dicekup bersekedudukan oleh suaminya sendiri.

Setelah mengekori isterinya ke rumah TK, Tedi mengajak jiran di kawasan itu untuk mencekup mereka.

Kedua-dua mereka akhirnya ditangkap sedang berdua-duaan di dalam rumah tersebut. Setelah digesa, TK akhirnya memberikan akses kepada rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) untuk diperiksa polis.

Polis turut menemui beberapa helai pakaian dalam wanita sebagai bukti atas tuduhan bersekedudukan.

BACA JUGA : Seorang guru jadi punca 65 pelajar positif Covid-19 di Sekolah Seri Puteri
Panas !!! Blogger Umno dedah Najib kahwin wanita Kampong Bharu

Artikel ini disiarkan pada 02/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)