Pharmaniaga mampu bekal 2.8 juta dos vaksin menjelang akhir Jun, kata Menteri

Pharmaniaga mampu bekal 2.8  juta dos vaksin menjelang akhir Jun, kata Menteri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan bahawa negara berdepan kekurangan bekalan vaksin, susulan peningkatan kes Covid-19.

Ismail berkata demikian setelah mengunjungi kilang farmaseutikal Parhmaniaga Lifescience Sdn Bhd di Puchong, Selangor hari ini.

Dia berkata Pharmaniaga akan dapat membekalkan 8.2 juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan menjelang akhir Jun ini, oleh itu akan dapat menangani sebarang kekurangan jika ada.

“Kilang ini botolkan (fill and finish) sebanyak 1.8 juta botol dan akan siap dua juta botol lagi pada akhir Jun. Maknanya pada akhir Jun, akan ada 3.8 jut botol,” katanya ketika sidang media dalam talian.

Katanya, ia tidak termasuk 4.4 juga dos vaksin yang diimport dari China.

“Kita telah import 1.4 juta dos vaksin (yang sudah diterima) dan akan terima tiga juta dos lagi pada akhir Jun,” katanya lagi.

Selain itu, tiga juta lagi dos vaksin Sinovac akan tiba pada Julai dan tiga juta dos lagi akan diimport pada Ogos.

Ia menjadikan jumlah vaksin dari China sebanyak 10.4 juta dos, katanya.

“Pharmaniaga mampu membantu proses vaksinasi kepada rakyat. Jadi tak ada isu kerajaan keurangan vaksin,” katanya.

Semalam, bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin bertanya sama ada bekalan vaksin tidak mencapai jangkaan kerajaan.

Memetik laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV), dia berkata hanya 2.07 juta vaksin telah diberikan setakat 19 Mei lalu, yang menandakan 2.95 juta vaksin yang diterima jika dengan 70 peratus kadar penggunaan.

Yeo berkata, berdasarkan infografik yang disediakan penggantinya Khairy Jamaluddin, negara sepatutnya telah menerima kira-kira enam juta dos vaksin pada pertengahan bulan ini.

Dia juga membangkitkan yang Pharmaniaga, yang menerima 200 liter vaksin Sinovac pada Februari untuk dibotolkan, hanya mampu menghasilkan 290,480 dos pada peringkat pertama yang diedarkan pada minggu lalu – lebih seminggu selepas menerima bekalan itu.

“Kerajaan perlu melihat semula proses ini dan jika boleh, cari jalan untuk singkatkan proses (tanpa menjejaskan keselamatan),” kata Yeo.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Pharmaniaga Bhd Zulkarnain Mod Eusope berkata pihaknya merancang untuk menggandakan kapasiti pengeluaran kepada 8.2 juta dos sebulan seawal Ogos ini, daripada empat juta dos sebulan pada masa ini.

Dia juga berkata Pharmaniaga sedang berbincang dengan kerajaan berhubung soal membekalkan lebihan vaksin kepada sektor swasta.

Sebelum ini, dilaporkan beberapa hospital swasta yang terpilih akan dibenarkan memberikan vaksin Covid-19.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/575817