PH, Warisan dan Pejuang buktikan mereka mampu bersatu hari ini

PH, Warisan dan Pejuang buktikan mereka mampu bersatu hari ini

Walaupun tewas dalam pengundian hari ini, Pakatan Harapan (PH) berjaya membina ‘grand coalition’ dengan semua pembangkang yang lain hari ini, kata Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Berakhir sudah undi belah bahagian. 111/108. Kita dah buat yang terbaik.

“PH kukuh bersama rakan-rakan yang lain. The war is still on.

“Kita bina grand coalition hadapi cabaran seterusnya,” kata beliau menerusi twitter beliau.

Kesemua Ahli Parlimen dari pembangkang hari ini mengundi menolak Belanjawan 2021.

Ini termasuklah PKR, DAP, Amanah, Warisan dan juga penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Ini bermakna, semua pembangkang bersatu hari ini mengundi menolak Belanjawan 2021.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Belanjawan 2021 untuk bacaan kali ketiga selepas 111 menyokong usul itu manakala 108 lagi menolaknya, seorang Ahli Parlimen pula tidak hadir.

Keputusan undian secara belah bahagi itu diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun jam 3.55 petang ini.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/walaupun-tewas-ph-warisan-dan-tun-m-bersatu-hari-ini/