PH umum pendirian akan tolak belanjawan esok

PH umum pendirian akan tolak belanjawan esok

Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan untuk menolak Belanjawan 2021 dalam pengundian kali ketiga di Dewan Rakyat esok.

Dalam satu kenyataan, gabungan itu berkata pengumuman dan penggulungan Belanjawan 2021 tidak memenuhi apa yang dipohon dan diharapkan oleh ramai ahli parlimen dan rakyat.

“Pakatan Harapan sebelum ini telah menyatakan bahawa kami akan membahaskan Belanjawan 2021 di peringkat dasar dan jawatankuasa, dan akhirnya akan membuat undian belah bahagi pada bacaan kali ketiga. Ini akan berlaku esok.

“Oleh yang demikian, Pakatan Harapan menggesa agar semua ahli parlimen, sama ada di sebelah pembangkang mahupun dari kalangan penyokong Kerajaan, yang memahami bahawasanya belanjawan ini tidak menepati objektif dan matlamat untuk memerangi Covid-19, membantu rakyat, dan menghidupkan semula ekonomi, agar memilih untuk menolaknya pada bacaan kali ketiga esok,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/555188