PH tuntut halatuju pendidikan dibentang dalam sidang khas parlimen

PH tuntut halatuju pendidikan dibentang dalam sidang khas parlimen

PH tuntut halatuju pendidikan dibentang dalam sidang khas parlimen.  Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) mempersoalkan mengapa sesi persidangan khas Parlimen 26 Julai ini tidak membentangkan atau membahas isu pendidikan negara di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Jawatankuasa itu berkata berdasarkan agenda notis aturan mesyuarat dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, sidang Parlimen lima hari itu hanya melibatkan sesi pembentangan dalam bentuk penerangan menteri mengenai perancangan kerajaan berkait program pencegahan Covid-19, program vaksinasi, darurat, dan Pelan Pemulihan Negara.

“Sidang ini amat penting untuk rakyat melalui Ahli Parlimen PH mengetahui perancangan kerajaan berhubung isu pendidikan,” katanya dalam kenyataan.

PH

Sehubungan itu, mereka mendesak sidang khas Parlimen turut memasukkan pembentangan perancangan KPM dan KPT sebagai antara agenda mesyuarat.

Katanya, isu pendidikan negara sama ada melibatkan sekolah mahupun universiti di kala wabak Covid-19 sama penting dengan isu kesihatan, keselamatan serta ekonomi dan ia perlu dibincang.

“Ahli Parlimen juga perlu diberikan ruang bertanya, berbahas dan memberikan pandangan terhadap perancangan dua kementerian itu,” katanya.

Katanya, rakyat telah hilang keyakinan kepada kerajaan kerana KPM dan KPT ketika ini dilihat sebagai kehilangan arah dan hala tuju dalam menguruskan sistem pendidikan negara.

Sidang Parlimen Khas selama 5 hari bermula 26 Julai hingga 2 Ogos.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/21/ph-tuntut-bentang-agenda-pendidikan-dalam-sidang-khas-parlimen/

jika terlepas: Man Kidal positif Covid-19, alami demam panas