PH perlu biarkan Umno tewaskan Pas di Terengganu, jangan kacau daun

PH perlu biarkan Umno tewaskan Pas di Terengganu, jangan kacau daun

Hari laporan berita , Penuh dengan kenyataan Ds Anwar kemungkinan PKR akan adakan kerjasama denan UMNO..Tetapi itulah tajuk berita.. Memang sengaja mencari sensasi..

Tetapi setakat yang aku faham, Ds Anwar mengalu alukan kerjasama atas mana mana parti Politik selagimana memenuhi Prinsip Reform.. dalam perkara tu aku takda halangan.. Ok jer..sama seperti pendirian Lim guan Eng..hanya kerjasama melibatkan isu rakyat..

Biarpun aku menolak kerjasama dengan UMNO dalam Politik secara en bloc.. Kita meraikan perbezaan pendekatan dalam Politik.. Begitu juga kerjasana PH dengan Tun Mahathir..Soal kerjasama bagaimana ,Itu yang harus diteliti..

Sebagai contoh, Kalau mahu setakat memberi laluan kepada UMNO bertanding sendirian di Terengganu untuk kalahkan PAS.. Aku alu alukan..Bukan sebab apa, realiti Di terengganu memang PH takda kekuatan sejak dulu..PKR sejak 20 tahun sukar menembusi kerusi pantai timur..hatta dari Amanah.. Pilihan orang Melayu selama ini hanya berkisar soal samada PAS atau UMNO.. kecuali kelantan yang aku rasa Amanah berpotensi..

Apapun.. Realiti Politik tak semudah itu… Apapun, Jodoh UMNO dan PAS itu lebih kuat..PAS dan UMNO masing masing saling memerlukan..Agak sukar untuk UMNO keluar dari sentimen Ashabiyah.. Masih kuat slogan No DAP..No Anwar dikalangan pemimpin mereka.. jadi ianya hanya angan angan yg tak mungkin terlaksana..

Menjelang PRU 15 seperti aku jangkan, kemungkinan PAS meninggalkan Bersatu, dan bersama UMNO.. Ketika itu jika kita tidak perkuatkan gagasan pembangkang.. Kita akan terperangkap sekali lagi sepertimana kerjasama PAS dan UMNO dalam PRU 14 biarpun mereka berlakon bertembung sesama sendiri.. Hakikatnya mereka hanya mahu kalahkan PH..

Dalam hal ini..Najib mempunyai kelicikan memerangkap musuh..Kita kena tahu hanya satu harapan Najib dan Zahid..iaitu mahu UMNO kembali berkuasa dan mereka bebas dari Penjara..

Sumber: