PH hanya akan keluar kenyataan setelah Agong buat keputusan

PH hanya akan keluar kenyataan setelah Agong buat keputusan.Pakatan Harapan (PH) mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai “andaian” pintu untuk Anwar Ibrahim dilantik perdana menteri sudah tertutup berikutan spekulasi Naib Presiden Umno Ismail Sabri memperoleh sokongan 114 Ahli Parlimen untuk diberi mandat membentuk kerajaan baharu.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya hanya akan mengulas perkembangan terkini krisis politik susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin Isnin lalu selepas Istana Negara membuat kenyataan rasmi mengenai pengganti kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

“Kami mengambil pendirian hanya akan mengulas setelah keluar kenyataan rasmi daripada Istana bagi menghormati proses sedang dijalankan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid, enggan memberikan sebarang kenyataan kerana diarahkan “tuan gurunya” (Anwar) untuk “mengunci mulut” bagi tempoh 48 jam.

PH

“Nanti saya salah cakap, tok guru saya marah. Okay lah saya hendak masuk gua balik ini. Jumpa lagi 48 jam nanti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kapar, tanpa mengulas lanjut.

Terdahulu, Muhyiddin mengesahkan Perikatan Nasional memberi sokongan padu kepada Ismail untuk menjadi “calon perdana menteri kerajaan PN yang baharu.”

Sokongan itu berserta dengan sokongan Ahli Parlimen BN dilaporkan mencukupi untuk Ismail memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai perdana menteri ke-9.

Sultan Abdullah dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok selepas mesyuarat khas Majlis Raja-raja Melayu.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/19/ura-ura-ismail-pm-baharu-sekali-lagi-pintu-tertutup-buat-anwar-ph-bersikap-tunggu-dan-lihat/

BACA: 3 calon dari Bersatu dilapor bersaing untuk TPM