PH gembira cadangan kecualikan 3 bulan faedah kepada peminjam B50 diterima kerajaan

PH

PH gembira cadangan kecualikan 3 bulan faedah kepada peminjam B50 diterima kerajaan.PENGECUALIAN bayaran faedah moratorium pinjaman bank kepada kumpulan lima puluh peratus terbawah (B50) untuk tempoh tiga bulan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam disifatkan sebagai satu kemenangan untuk rakyat.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), mengalu-alukan pengumuman terbabit yang merupakan tuntutan PH sepertimana terkandung dalam Perkara 1.7 Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kerajaan dengan pembangkang.

“Bagaimanapun, kami kesal Perdana Menteri tidak mengiktiraf bahawa dasar ini adalah salah satu perkara yang terkandung dalam MoU yang ditandatangani beliau sendiri bersama pimpinan PH pada 13 September lalu.

“Malah pengecualian ini digambarkan sebagai idea kerajaan, walhal ia adalah pendirian konsisten PH yang dilaksana dalam semangat menunaikan perkara-perkara didalam MOU berkenaan,” menurut kenyataan Majlis Presiden PH, hari ini.

PH

Kenyataan itu dibuat secara bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menurut mereka, tanpa pengiktirafan peranan MoU berkenaan, ia mampu menjejaskan keyakinan PH terhadap keikhlasan pihak kerajaan untuk berpegang kepada semangat MoU terbabit.

“Ia juga bercanggah dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’s yang berasaskan fakta dan data agar segala perancangan dapat diusahakan bersama perpaduan rakyat.

“Penting dijelaskan bahawa pada awalnya pihak kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan PH untuk memberi pengecualian bayaran faedah kepada peminjam dari kelompok B50 ini,” katanya.

Majlis Presiden PH berkata, untuk memastikan dasar berkenaan dapat dilaksanakan pimpinan utama PH telah mengarahkan Siri pertemuan bukan sahaja Menteri Kewangan malah juga dengan Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif bank-bank komersil.

“Walaupun pada mulanya terdapat kebimbangan di pihak bank, namun setelah siri libat urus ini bejalan dan pandangan PH disampaikan dengan jelas, Perdana Menteri telah bersetuju dengan pendirian kami dan akhirnya dasar ini dapat dilaksana.

“Pelaksanaan Perkara 1.7 MoU ini merupakan kemenangan untuk rakyat,” menurut kenyataan itu lagi.

Majlis Presiden PH juga memaklumkan akan terus memainkan peranan semak imbang serta tegas dalam membawa suara hati rakyat dalam dan luar Parlimen demi menangani wabak Covid-19, mengatasi krisis ekonomi serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian.

BACA: Gempar !!! Syarikat dapat projek pasir di Melaka, 70% syer dipegang warga asing

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA:PH gembira cadangan kecualikan 3 bulan faedah kepada peminjam B50 diterima kerajaan […]