Pakatan Harapan (PH) akan mengambil iktibar daripada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands untuk berkerja keras pada PRK akan datang.
Timbalan Presidennya Lim Guan Eng berkata PH akan mengambil iktibar daripada PRK itu untuk memperbaiki mana-mana yang kurang dan juga membetulkan mana-mana yang lemah untuk menghadapi PRK seterusnya.
“Sudah tentu kita kecewa tidak menang semalam, (namun) kejayaan menambah undi popular dan kurangkan majoriti Barisan Nasional (BN) akan memberi galakan kepada kita untuk terus lawan dan mengambil iktibar daripada PRK ini bagi melihat bagaimana kita boleh perbaiki diri dan jentera kita pada masa depan,” katanya.
“Ini kerana ada tanda-tanda apabila kita terus berkerja, nyata sekali boleh dapat sokongan tambahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bantuan Pelajar Miskin Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Kawasan Parlimen Bagan sini hari ini.
Keputusan PRK Cameron Highlands semalam menyaksikan BN mengekalkan pemilikan kerusi itu selepas calonnya Ramli Mohd. Nor memperoleh 12,038 undi berbanding calon PH M.Manogaran (8,800) manakala dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing 314 dan 276 undi.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata sungguhpun secara keseluruhan peratusan keluar mengundi jatuh 10 peratus dari 79 peratus pada PRU-14 kepada 69 peratus semalam, namun PH masih berjaya menambah undi popular dan kurangkan majoriti kemenangan BN.
Beliau juga berkata peratus pengundi yang mengundi calon PH juga naik daripada 38 peratus pada PRU14 kepada 41 peratus semalam.
Menteri Kewangan itu seterusnya mengucapkan tahniah kepada calon BN Ramli Moh