PH Akan Teruskan Jelajah, Raih Sokongan Tolak “Pintu Belakang” – Mahfuz

PH Akan Teruskan Jelajah, Raih Sokongan Tolak “Pintu Belakang” – Mahfuz

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar, meyakini bahawa Program Jelajah Harapan yang semakin aktif bergerak kini bakal merancakkan kembali peluang Pakatan Harapan (PH) untuk meraih sokongan rakyat.

Menurutnya, usaha yang digerakkan semakin menampakkan ‘bunga-bunga’ sokongan masyarakat kepada PH sekali gus menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang merampas mandat rakyat.

Malah katanya, beberapa siri program jelajah yang kebanyakannya disiarkan secara live, berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk menyedari situasi sebenar kejatuhan PH.

“Kita akan terus menggerakkan usaha melalui PH untuk memperkukuhkan parti. Kita akan gerakkan mobilisasi untuk kesedaran masyarakat dan rakyat dalam negara terhadap isu yang berlaku.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/jelajah-harapan-mula-tunjuk-bunga-bunga-sokongan-kata-mahfuz/