Petisyen online desak nama New Zealand ditukar kepada Aotearoa

Parti Maori melancarkan petisyen supaya nama negara New Zealand ditukar kepada Aotearoa kerana menganggapnya sebagai nama ‘penjajah’.

Lapor Daily Mail, parti sayap kiri itu mahu nama asal digantikan termasuk nama pekan, bandar dan pinggir bandar di negara itu.

Petisyen itu mendesak pihak kerajaan supaya ‘mengubah dan mengumumkan secara rasmi’ nama asal negara pada 2026 nanti.

Petisyen online desak nama New Zealand ditukar kepada Aotearoa

DEBBIE NGAREWA-PACKER

Usaha itu disuarakan oleh pemimpin Parti Maori, Rawiri Waititi dan Debbie Ngarewa-Packer dalam kenyataan semasa pelancaran petisyen tersebut.

“New Zealand adalah nama Belanda. Sedangkan Belanda sendiri mengubah nama dari Holland kepada Netherlands.

“Kita adalah negara Polinesia, kita adalah Aotearoa,” jelasnya.

Nama New Zealand diberikan oleh ahli kartografi Belanda semasa abad ke-17.

Petisyen sama turut menggesa kerajaan New Zealand melakukan sehabis baik untuk ‘memulihkan status bahasa negara’.

Bekas Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters menegur perubahan nama itu sebagai ‘kebodohan melampau’.

“Ini lebih kepada tindakan radikal parti sayap kiri. Mengubah nama negara dan bandar adalah tindakan bodoh melampau.

“Kita tidak akan mengubah beberapa nama tanpa kredibiliti sejarah yang boleh dipercayai. Kita akan kekal dengan nama New Zealand,” tulisnya dalam Twitter.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/gesa-dikembalikan-nama-new-zealand-kepada-aotearoa/

BACA JUGA : 144 kes kematian wanita hamil direkodkan KKM kerana Covid-19

COMMENTS

Wordpress (0)