Pesta seks di banglo, 20 dicekup

Pesta seks di banglo, 20 dicekup

Kemaruk seks dan ketagih dadah menyebabkan 20 individu tidak mempedulikan Covid-19 yang sedang melanda negara dengan menganjurkan pesta liar di sebuah inap desa di Taman Starhill, Bukit Gambir di sini.

Natijahnya, 20 individu terbabit dalam pesta dadah dan seks itu ditahan polis dalam serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang jam 12.30 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita berusia antara 17 hingga 25 tahun.

pesta

Sebahagian daripada 20 individu yang ditahan ketika sedang leka berhibur dalam parti liar di Taman Star Hill, Bukit Gambir di sini. FOTO IHSAN PDRM

Katanya, kesemua mereka adalah pekerja kilang dan penghantar makanan.

“Mereka didapati menyewa banglo itu menerusi laman Facebook bagi tujuan berparti dengan kadar sewaan sebanyak RM800 sehari.

“Polis turut merampas dadah jenis syabu, kondom serta peralatan sistem audio ketika serbuan,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rahimi berkata, ujian saringan air kencing mendapati 17 daripadanya positif dadah jenis methaphetamin.

Katanya, semua ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 4 Ogos untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (kesalahan kecuaian yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit berbahaya), Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberi maklumat berkaitan parti liar berkenaan selain mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam menyampaikan kegiatan jenayah kepada pihak polis,” katanya lagi.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/737441/20-ditahan-berpesta-dadah-seks-di-banglo

BACA JUGA : Annuar Musa betul, Takiyuddin salah – Nazri