Pesawat TUDM terbang rendah, ini sebenarnya yang berlaku

TUDM

Pesawat TUDM terbang rendah, ini sebenarnya yang berlaku.Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais Ababil 2021 di Pangkalan Udara Labuan dan Kota Belud mulai 7 hingga 17 September ini, membabitkan ruang udara Borneo serta perairan sekitarnya.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, eksesais itu bertujuan menilai kecekapan juruterbang TUDM, anggota Pasukan Khas TUDM serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab bagi melindungi kedaulatan negara.

“Selain itu, eksesais bertujuan menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan aset TUDM bagi menjamin keberkesanan dalam pelaksanaan tugas operasi bersama membabitkan pesawat daripada pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

TUDM

“Sepanjang eksesais berlangsung, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu yang diwartakan kawasan latihan,” menurut kenyataan itu.

TUDM turut meminta orang ramai supaya tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah sepanjang tempoh eksesais.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/860122/usah-panik-lihat-pesawat-tudm-terbang-rendah

BACA: Titah Agong agar dilaksanakan usul undi percaya adalah baik untuk negara