Pesawat hilang : 28 penumpang dikhuatiri terbunuh

Pesawat hilang : 28 penumpang dikhuatiri terbunuh

Kesemua penumpang pesawat Rusia An-26 dikhuatiri terbunuh selepas pesawat itu terputus hubungan pada Selasa ketika dalam penerbangan dari bandar Petropavlovsk-Kamchatsky ke kampung Palana, di timur Rusia.

FOTO fail menunjukkan sebuah pesawat Rusia An-26 di lapangan terbang di Patropavlovsk-Kamchatckiy. FOTO AFP

FOTO fail menunjukkan sebuah pesawat Rusia An-26 di lapangan terbang di Patropavlovsk-Kamchatckiy.

Sputnik melaporkan bangkai pesawat dijumpai di tebing sepanjang perairan di Palana, usaha mencari dan menyelamat tergendala berikutan masalah cuaca.

Sebaik kapal terbang terputus hubungan kira-kira sembilan kilometer (km) sebelum tiba ke destinasi, perkhidmatan penyelamat Rusia segera menghantar dua helikopter dan sebuah pesawat khas untuk mengesan pesawat berkenaan.

Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan, Rosaviatsiya berkata, pesawat mengalami kesukaran ketika hendak mendarat berikutan kabus tebal, menimbulkan keraguan bahawa An-26 dapat mendarat dengan selamat.

Menurut syarikat penerbangan itu, pesawat malang berkenaan membawa 28 penumpang termasuk termasuk seorang kanak-kanak, dan enam anak kapal.

Tiga pegawai pentadbiran desa Palana dan ketuanya, Olga Makhireva, turut berada di dalam pesawat.

Operasi mencari turut disertai Armada Pasifik Rusia dan pasukan penyelamat pihak berkuasa berkaitan. Selepas kira-kira dua jam pesawat dilaporkan terputus hubungan, perkhidmatan kecemasan mengumumkan lokasi nahas sudah dikesan.

Menurut Rosaviatsiya, pesawat peronda maritim Il-38 Armada Pasifik mengesan serpihan bangkai pesawat An-26 pada 09.06 GMT dan pada 12.06 waktu Moscow, pasukan mencari mengesahkan lokasi kejadian kira-kira lima km dari landasan.

Pasukan penyelamat merumuskan kemungkinan besar, semua penumpang pesawat terbunuh.

Bagaimanapun, belum ada mayat yang dijumpai dan juga kotak hitam.

Operasi mencari akan disambung pada Rabu yang turut disertai anggota penyelam.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/07/727552/semua-28-penumpang-dikhuatiri-terbunuh

BACA JUGA : Gempar !!! Portal lapor Muhyiddin bakal menghadap Agong untuk rombakan kabinet