Pesawat Hawk terhempas, identiti juruterbang dikenal pasti

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan status dua juruterbang pesawat Hawk 108 yang terhempas di landasan Pangkalan Udara Butterworth di sini malam tadi.

Markas TUDM dalam satu kenyataan berkata, juruterbang yang maut ialah Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala rakannya, Mejar Mohd. Fareez Omar menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya di sini dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.

Kenyataan itu memaklumkan, kedua-dua juruterbang berkenaan sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying) sebelum terbabit nahas.

Pesawat Hawk terhempas, identiti juruterbang dikenal pasti

Pesawat Hawk milik TUDM terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua juruterbang tersebut sudah berkahwin.

“Keluarga kedua-dua juruterbang ini telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

Menurut kenyataan itu, TUDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan Terperinci mengenai insiden.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang terkorban dan seorang cedera selepas pesawat Hawk 108 terhempas di atas landasan Pangkalan Udara Butterworth di sini pada pukul 10.07 malam tadi.

BACA JUGA : Panas !!! Ginie Lim ‘sekolahkan’ Azmin
Gempar !!! Ahmad Maslan dedah ada calon beri rasuah untuk raih undi

COMMENTS

Wordpress (0)