Disebalik kontroversi Warkah dari Cordova yang menggunakan istilah Kekanda dan Adinda antara Dr Mujahid dan Nurul Izzah, sebenarnya terselit suatu mesej besar yang perlu dihadam oleh semua.
Antara pesanan ayahanda Dr Mujahid, Almarhum Haji Yusuf Rawa kepada beliau :
Ayahanda yang sudah agak uzur ketika itu tersenyum sambil berkata: “anakandaku Mujahid, di mana kamu berada bukan masalah kamu, jika Allah kehendaki kamu akan sampai di kemuncak, sampailah kamu, walaupun ramai tangan manusia yang menyekat kamu, tapi ingat jika belum sampai masanya dan Allah belum menetapkan, walaupun seribu tangan manusia ingin membawamu ke sana kamu tak akan sampai.”
Siapa sangka pesan ayahanda ini tersemat kuat dijiwa Dr Mujahid hari ini. Betapa kita menyaksikan pelbagai gelaran dan label-label diberikan kepada beliau, tetapi ternyata beliau fokus dengan apa yang beliau yakini. Kini kata-kata ayahanda menjadi kenyataan buat diri beliau.
Haji Yusof Rawa terus berpesan dengan penuh kebaikan: “…buktikan dengan kerja kamu, buatlah kebaikan kerana Allah, bersabar dan biarkan yang lain di tanganNya”
Semoga pesanan ini juga menjadi panduan dan pedoman buat kita bersama.