Tindakan akak farmasi ini bikin netizen sebak

Tindakan akak farmasi ini bikin netizen sebak

Pesakit tak de duit nak bayar ubat, tindakan akak farmasi bikin netizen sebak

Malam tadi, aku pegi klinik, hantar ayah sebab sakit batu karang. Klinik semua dah tutup, yang bukak Pusat Perubatan Intan je. Sebab dorg bukak 24Jam. Aku tunggu ayah masuk jumpa doctor dpn entrance klinik.

Tiba2 aku dengar kakak kat kaunter ubat, tgh sembang dgn org farmasi. Farmasi tu betul2 depan pintu masuk klinik. Ada sorg kakak nak bayar ubat anak dia.
Aku tgk kakak tu tya org farmasi berapa ringgit total ubat anak dia. “Semua skali RM60++.” Sambil dia hulurkan ubat kat kakak tu. And kakak tu tunjukkan 1 card. “Boleh tak saya nak guna card ni?”

akak farmasi

Puan farmasi tu bgtau kakak depan dia.. “kat sini tak terima card ni.” Muka kakak tu berubah, sambil tinjau suami dia kat belakang. Muka dia sedih. And tiba2 dia ckp.. “takpe la. Saya takde duit. Saya taknak ubat..” aku terkejut dengar.. sambil jeling skit2 tegok dia ckp dengan org farmasi tu.

“Eh mana boleh. Awk tak kesian ke anak awk sakit. Takpe. Ambik la ubat ni. Simpan card tu. Takpe sy bayarkan..” Puan farmasi tu mcm terjerit2 sbb kakak tu dah nak lari
Dia pusing belakang, pegi dekat suami dia ambik anak. Anak dia dlm 1 tahun ++ cmtu. Dia dtg balik kaunter farmasi sambil tgk2 suami dia kat belakang.

“Takpe ke? Sy tak boleh bayar ni..” and puan farmasi tu ckp lagi skali yg dia akan bayarkan. Ambik je ubat tu. Dia ambik, dan tak henti2 ckp terima kasih. And dia gerak pegi kat suami dia. Dah takde dia kat situ. Aku keluar tggu ubat ayah.


Aku tgk dia naik motor gerak degan suami dia. dia naik motor honda lama yg ada lampu bulat tu. Dah sampai turn aku, aku pun buat2 sembang dgn puan farmasi tu. Aku tya kakak td bg card apa. Dia ckp card tu card bantuan kerajaan. Ada klinik terima, tp kat situ tak terima..

Untuk puan farmasi di Pusat perubatan Intan, Kuala Terengganu. Saya doakan puan dimurahkan rezeki sebab tlg kakak dan anak dia malam tadi! Semua org tgh struggle skrg. Puan adalah hero di mata sy malam tadi!

tangkap layar komen sebak dari netizen

.akak farmasi

 

akak farmasi

Sumber: