Pesakit berkurang, Hospital Klang pulang semula 80 mesin oksigen

Pesakit

Pesakit berkurang, Hospital Klang pulang semula 80 mesin oksigen. Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, memulangkan semula 80 unit mesin ‘oxygen concentrator’ yang dipinjamkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0.

HTAR dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, keputusan memulangkan semula peralatan perubatan itu selepas jumlah kemasukan pesakit COVID-19 di hospital terbabit semakin berkurangan.

“Jutaan terima kasih kepada pihak PKRC MAEPS 2.0, khusus Pengarahnya, Dr Shahabuddin Ibrahim atas pinjaman 80 unit mesin oxygen concentrator kepada HTAR sepanjang tempoh ‘disaster’ (musibah).

“Bahagian Logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah menerima dan akan menyusun semula keperluan peralatan itu untuk digunakan di negeri lain yang mengalami peningkatan kemasukan pesakit secara mendadak.

Pesakit

“Segala sumbangan dan sokongan daripada pihak luar ke HTAR amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih,” katanya kenyataan itu.

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi pada Selasa lalu dilaporkan berkata, kemasukan harian pesakit COVID-19 untuk menerima rawatan di hospital itu berkurangan lebih 50 peratus sejak minggu lalu.

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini menerima kira-kira 400 kes harian bagi pesakit COVID-19 untuk menerima rawatan, namun jumlahnya menurun kepada sekitar 170 pesakit sejak kebelakangan ini.

“Pesakit COVID-19 yang kini menerima rawatan di hospital berkurangan daripada lebih 1,000 pesakit dengan kemuncaknya pada Julai lalu,” katanya,” katanya.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/854053/covid-19-htar-pulang-80-mesin-oksigen

BACA: Annuar Musa beri bayangan kabinet yang hampir sama bakal dibentuk