Perut dah meragam tiba-tiba toilet terkunci dari dalam, ini cara elak insiden ini berulang

Oleh INFORAKYAT

Perut dah meragam tiba-tiba toilet terkunci dari dalam, ini cara elak insiden ini berulang. MASALAH bilik asyik terkunci dari dalam merupakan insiden biasa yang berlaku di dalam rumah.

Lebih malang apabila situasi itu berlaku ketika si kecil turut terkunci di dalam bilik seorang diri!

Bertambah kelam kabut apabila anak kunci pula hilang!

Perut dah meragam tiba-tiba toilet terkunci dari dalam, ini cara elak insiden ini berulang

Maka terpaksalah kita ‘pecahkan’ pintu dengan merosakkan atau mengumpil tombol tersebut.

Lelaki ini menunjukkan cara mudah baiki kunci tombol pintu yang tersekat.

Namun anda pasti tertanya-tanya mengapa tombol pintu boleh terkunci secara automatik walaupun selepas dibuka semula menggunakan kunci?

Untuk pengetahuan anda hal ini kebiasaannya terjadi disebabkan struktur (setting) dalam tombol pintu sudah berubah sehingga mengakibatkan pembuka pintu tersekat.

Walaupun sudah dibuka, kunci pada tombol pintu masih pada kedudukan tersekat dan terus berkunci.

Agar tidak lagi melalui situasi sama, anda boleh praktikkan cara yang dikongsikan oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib.

Terdapat dua setting kunci pada tombol:

1. Keadaan sentiasa kunci

Gelabah anak kecil selalu terkurung dalam bilik... Ini cara periksa tombol  pintu elak insiden selalu terkunci - I-suke | mStar

2. Keadaan normal

Kalau Tombol Pintu Terkunci Dari Dalam, Begini Cara Untuk Atasinya -  Vanilla Kismis

Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari sebelum memutarkannya.

Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa berkunci.

Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari sebelum memutarkannya.

Kedudukan ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.

Adakalanya sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.

Dalam pada itu, Rusyaidi turut menegaskan bahawa perkongsiannya ini bertujuan untuk membaiki pintu rosak dan bukannya disalahgunakan dengan niat tidak baik.

BACA:

Ahli Parlimen Arau masih bawa usul pengeluaran KWSP, Shahidan lupa kerajaan bertegas tiada pengeluaran

Mukhriz lebih utamakan gabungan lain berbanding Gerakan Tanah Air – Tun M