Pertikai jam tangan, Idris Ahmad jawab Siti Kassim

jam

Pertikai jam tangan, Idris Ahmad jawab Siti Kassim.Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menafikan beliau menggunakan jam tangan jenama mewah seperti didakwa pihak tertentu.

Melalui hantaran di laman Facebook, beliau berkata jam tangan seperti dalam gambar tular sebelum ini adalah jam tangan yang sudah lama beliau gunakan.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat & arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” katanya.

jam

Sebelum ini, seorang aktivis masyarakat, Siti Kasim melalui akaun Twitter mempersoalkan jenama jam tangan digunakan Idris dan mendakwa jam berkenaan berjenama Rolex.

“Khabarnya dia sekarang adalah seorang Menteri Agama. Menunaikan solat di atas lantai dalam pejabat di mana saja dia pergi.

“Dia juga cuma memakai tanda nama bertulisan Jawi. Bukan BM (Bahasa Melayu). Tapi, lihatlah jam tangan emas berjenama Rolex dipakainya,” berdasarkan tangkap layar yang dikongsi.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/06/jam-buruj-ni-dah-lama-saya-pakai-idris-nafi-dakwaan-jam-mewah/

BACA: Bantuan Khas Covid-19 mula masuk bank penerima hari ini