Pertama dalam sejarah, Kelantan lantik Pegawai Penjarakan Fizikal jaga SOP

Pertama dalam sejarah, Kelantan lantik Pegawai Penjarakan Fizikal jaga SOP

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) melantik Pegawai Penjarakan Fizikal yang akan menjadi duta di pejabat dan masjid bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Yang Dipertua Maik yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, di pejabat Maik seramai 10 Pegawai Penjarakan Fizikal ditempatkan, manakala di masjid pula hanya seorang pegawai secara giliran.

Beliau berkata, di peringkat permulaan, Pegawai Penjarakan Fizikal ditempatkan di 17 masjid bandar di seluruh negeri dan kemudiannya akan dikembangkan di masjid mukim.

“Dalam situasi semasa penularan pandemik Covid-19, mereka dilantik ini berperanan untuk mendidik masyarakat mematuhi SOP sebagaimana ketetapan dikeluarkan Maik membabitkan masjid, surau dan musolla di seluruh negeri.

“Sehubungan itu, semua imam dan pegawai masjid perlu memainkan peranan lebih berkesan dan profesional dalam memastikan semua aktiviti mengimarahkan masjid mengikut SOP.

“Diharapkan dengan adanya pegawai ini dapat menjamin keselamatan dan dalam masa sama menyokong usaha kerajaan untuk melandaikan lekuk jangkitan serta memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Amanat Yang Dipertua Maik Bersama Iman Seluruh Negeri Kelantan Tahun 2021 di Dewan Teratai di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Timbalan Yang Dipertua Maik, Zulkifle Ab Rahman.

TENGKU Mohamad Rizam (kiri) menyampaikan pengurniaan tauliah pegawai masjid ketika Majlis Amanat Yang Dipertua Maik Bersama Imam-Iman Seluruh Negeri Kelantan Tahun 2021 di Dewan Teratai di Kota Darulnaim, hari ini.

ai masjid ketika Majlis Amanat Yang Dipertua Maik Bersama Imam-Iman Seluruh Negeri Kelantan Tahun 2021 di Dewan Teratai di Kota Darulnaim, hari ini. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Dalam perkembangan lain, Mohamad Rizam berkata, Maik mengambil inisiatif menyediakan skim perlindungan diri dengan menyediakan caruman kepada 1,208 kakitangan di 604 masjid seluruh negeri terdiri daripada Imam Tua dan Imam Muda.

“Inisiatif ini diambil bagi memastikan semua kakitangan masjid dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan lebih penting mempunyai perlindungan takaful sepanjang masa.

“MAIK akan terus menjaga kebajikan dan kemaslahatan petugas serta kakitangan masjid bandar, jajahan dan masjid mukim di seluruh negeri,” katanya.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/693681/maik-lantik-pegawai-penjarakan-fizikal?