Perompak bank ikat tebusan atas bumbung kereta

Sekumpulan gengster mengikat tebusan pada kereta dinaiki mereka ketika melarikan diri selepas merompak dua bank di Brazil, dalam kejadian yang menyebabkan tiga individu terbunuh, kata polis dan menurut laporan pada Isnin.

Menggunakan bahan letupan, dron dan senjata api, perompak itu melalui pusat bandar di Aracatuba, bandar di tenggara negara itu, yang dihuni 200,000 penduduk.

Selepas merompak dua bank berkenaan, mereka melarikan diri dengan mengikat tebusan pada atas bumbung dan atas bonet kereta, berdasarkan imej mengejutkan disiarkan saluran stesen berita tempatan.

Perompak bank ikat tebusan atas bumbung kereta

FOTO tular menunjukkan dua tebusan di atas bumbung dan bonet sebuah kereta dinaiki perompak. FOTO Twitter

Dua orang awam dan seorang perompak terbunuh ketika kejadian.

Ia turut menyebabkan sekurang-kurangnya enam individu cedera, menurut polis.

Penyerang meletakkan bahan letupan di beberapa bahagian di bandar itu dan mengelilingi beberapa balai polis untuk melengahkan tindakan pihak berkuasa.

Mereka juga memakai “jaket kalis peluru, menggunakan raifal dan helmet”, dan seperti askar, kata seorang saksi yang tidak mahu dikenali kepada Globo TV

Susulan kejadian, Gabenor Sao Paulo, Joao Doria mengarahkan kes itu disiasat pasukan petugas khas.

“Dua penjenayah ditangkap dan suspek ketiga meninggal dunia ketika berlawan dengan polis,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-selatan/2021/08/749123/tebusan-diikat-atas-bumbung-kereta

BACA JUGA : Lelaki sanggup langgar, gilis teman wanita sendiri kerana takutkan Polis