Perlu ada pelan buka sekolah secara lestari, jangan buka lepas tu tutup

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempunyai pelan pembukaan sekolah secara lestari ketika negara masih belum bebas daripada pandemik COVID-19.

Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Zaidatun Tasir berkata, pelan itu perlu bagi memastikan proses pembukaan sekolah berterusan, berjalan lancar dan boleh dijangka oleh semua pihak.

Katanya, pelan yang sedemikian akan membolehkan pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar membuat perancangan yang sesuai berdasarkan keadaan semasa.

Beliau berkata, pelan tersebut perlu diperhalusi secara mendalam kerana ia tidak diperincikan di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

“Untuk lebih sistematik saya sarankan KPM pempunyai pelan pembukaan sekolah secara lestari bagi memastikan proses pembukaan lancar dan tidak ada buka dan tutup,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Isnin.

Dalam pelan itu, Zaidatun juga mencadangkan agar KPM supaya melihat semula pada pelaksanaan waktu pembukaan sekolah.

“KPM kena tengok berapa jam yang sesuai untuk kehadiran bilangan guru dan pelajar dalam sekolah,” jelasnya.

Sebelum ini, KPM mengumumkan sesi persekolahan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) bersemuka ditetapkan mulai 1 September ini.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpm-perlu-ada-pelan-pembukaan-sekolah-secara-lestari-pensyarah-309238

BACA JUGA : Pejabat Peguam Negara kemuka rayuan kes rasuah Ku Nan

COMMENTS

Wordpress (0)