Perkahwinan paling ketat dikawal padahal bukan VIP, penuh bodyguard rupanya ini latarbelakang pengantin.
Majlis tersebut adalah tertutup tetapi mewah, diadakan dengan kawalan keselamatan yang sangat ketat
Gereja di Culiacán, Sinaloa, Mexico, telah ditutup dan dikawal ketat untuk sebuah perkahwinan yang gilang-gemilang.
Namun, pasangan pengantin bukanlah selebriti, sebaliknya mereka adalah anak kepada dua kartel dadah yang terlibat dalam jenayah pengubahan wang di negara tersebut.
Media tempatan melaporkan bahawa anak perempuan El Chapo, taikun dadah terkenal dunia, telah berkahwin dengan sepupunya yang juga didakwa terlibat dalam aktiviti haram tersebut.
Pengantin perempuan, Alejandrina Gisselle Guzmán Salazar, berusia 33 tahun, manakala pengantin lelaki adalah Édgar Cázares, anak saudara Blanca Margarita Cazares yang dikatakan terlibat dengan kartel pengubahan wang haram yang terkenal dengan jolokan ‘The Empress.’
New York Post melaporkan bahawa majlis tersebut adalah tertutup tetapi mewah, diadakan dengan kawalan keselamatan yang sangat ketat. Sementara itu, akhbar Reforma melaporkan bahawa terdapat tetamu yang tiba di gereja menggunakan kenderaan mewah yang tahan peluru.
Bapa pengantin perempuan, Joaquin “El Chapo” Guzman, kini menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di Colorado, Amerika Syarikat, atas pelbagai jenayah termasuk pengedaran dadah.