Parti Putra kini berada di satu persimpangan sukar, sama ada ingin bersama BN dan PAS atau bersendirian dengan menyalakan api perjuangan Melayu dan Islam atau menunggu peluang menjelang PRU-15
Paling jelas kini, Parti Putra ketandusan pemimpin baru atau lama yang mampu membuat pergerakan politik kuasa ketiga .Begitu ramai dalam kalangan ahli dan pemimpin PUTRA tetapi belum lagi nampak ‘Figure’ yang akan kedepan kecuali hanya nampak pada sebatang tubuh iaitu Dato Ibrahim Ali.
Leman Berkata ‘ Penubuhan Parti PUTRA disebalik krisis UMNO, PAS dan pemerintahan baru PH hanyalah sebagai umpan tarikan golongan yg kecewa dan yang tidak mahu BN, PAS atau PH.Soalannya sekarang, kemana Dato Ibrahim Ali ingin membawa parti dan ahlinya yang jelas tiada hala tuju terutama kepada golongan muda .Bukan sahaja hanya membabitkan soal hala tuju parti, tetapi juga berkait membawa hala tuju rakyat terutama perjuangan islam, melayu dan masa depan negara. Apa yg dilihat hanyalah sebagai parti ‘pengacau’ menjelang PRU15.
Dua perkara ini yang saya bangkitkan jelas dalam kalangan pimpinan Parti PUTRA belum mampu menarik minat golongan anak anak muda belia seluruh negara.
Kelebihan Dato Ibrahim Ali ialah , beliau adalah orang lama dalam politik dan mengetahui selok belok permainan lincah arena politik. Pembacaan politiknya mungkin tidak sama dengan pembacaan politik anak anak muda sekarang
Menjelang PRU15, adakah Parti PUTRA ini akan bersendirian atau akan bersama Pakatan Harapan (PH) atau berada di bawah panji Barisan Nasional (BN) atau apa-apa gabungan yang mungkin mereka rancangkan.
Sebagai sebuah negara demokrasi, kita mengalu alukan warna warni kepelbagaian kepartian kerana itu adalah hak rakyat untuk memilih dimana parti politik yang mereka inginkan.
Jika dilihat dengan jelas sekarang, saya berpendapat, Parti PUTRA tiada hala tuju untuk memperjuangkan Negara sebaliknya dilihat sebagai perjuangan yang berteraskan kepada keinginan kuasa semata mata yang telah dirancang menjelang PRU akan datang.
Perjuangan mereka masih dilihat kabur dan tidak jelas dalam membawa suara rakyat.
Leman raja lawan juga berpendapat, Parti PUTRA tidak akan mampu menjadi kuasa politik ketiga walaupon dipimpin oleh pemimpin yang berpengalaman , ini adalah kerana, rakyat Malaysia yang memilih adalah bukan semua dari kalangan yang pandai berpolitik sebaliknya rakyat ingin melihat ‘apa yang sesebuah parti politik itu mampu membuat perubahan untuk suara mereka’.
Sdr Leman ialah Mantan Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik dan merupakan Aktivis rakyat yang mengeluarkan isu isu tempatan serta penceramah untuk Parti Amanah/Pakatan Harapan.