Perikatan Nasional Bakal Jadi Kerajaan Paling Singkat, Tegur Umno

Antara ‘bunga-bunga’ yang menguatkan lagi sangkaan orang ramai kepada rasa tidak puas hati Umno itu ialah ciapan Annuar semalam.

“Satu dari punca kejatuhan PH ialah kegagalan mengurus antara idealisme peribadi perdana menteri dengan aspirasi parti dalam gabungan.

“Mereka terlupa kita bukan sebuah republik tapi kerajaan demokrasi ala Westminste. Dua sistem yang amat berbeza.

“Kita juga bukan sistem satu parti tapi gabungan lemah.

“Sekiranya tak di uruskan dengan baik, percayalah PN (Perikatan Nasional) akan memecahkan rekod PH sebagai kerajaan paling singkat!

“Apa-apa pergolakan kali ini bererti Parlimen wajib dibubarkan dan PRU mengejut wajib diadakan.

“Muafakat Nasional akan kita perkasakan dan kami tidak lalai dengan kuasa yang ada sekarang,” katanya.

Muafakat Nasional ialah kerjasama rasmi yang menghubungkan PAS dan Umno, dan ia tidak melibatkan kem Muhyiddin dalam Bersatu.

Beberapa hantaran di media sosial juga membayangkan rasa tidak puas hati Umno.

Antaranya: “Kami dah hulur tangan, kalau sambut tak ikhlas kami semua tarik balik la. Mudah je sifir ni.”

Kenyataan dibuat Muhyiddin dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri pada 2 Mac lalu juga kelihatan tidak disenangi sesetengah orang Umno apabila beliau menyebut mengenai perlunya melantik orang yang bersih serta berintegriti saja.