Pergerakan orang ramai di bulan Ramadan,Syawal punca kluster keagamaan meningkat

Peningkatan kes COVID-19 bagi kluster keagamaan ketika ini berpunca daripada aktiviti dan pergerakan orang ramai sepanjang Ramadan dan Aidilfitri, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, setakat semalam 40 kluster keagamaan dikenal pasti termasuk 19 kluster di Johor, Selangor (13) dan lapan kluster di negeri lain seperti Melaka, Negeri Sembilan serta Kelantan.

“Ketika ini kes kluster keagamaan direkodkan berdasarkan kes jangkitan yang berlaku sepanjang Ramadan dan pada hari raya.

“Kluster ini meningkat bergantung kepada pergerakan dan mobilisasi orang ramai. Jika kita dapat kurangkan mobilisasi bermakna lebih peluang untuk hidup, turunkan kadar kebolehjangkitan dan bendung COVID-19,” katanya pada sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/820619/pergerakan-pada-ramadan-aidilfitri-punca-kluster-keagamaan