Perbicaraan 1MDB akhirnya bermula di Amerika Syarikat.Akhirnya pembicaraan berkaitan 1MDB bermula di Amerika Syarikat
Di dalam banyak-banyak perkara, jenayah dan kecurangan yang berlaku di 1MDB telah menjatuhkan maruah Malaysia dan memalukan negara.
Ada 2 perkara yang membabitkan pelaku 1MDB berlaku hari ini, satu di selatan tanah air dan satu di Amerika Syarikat. Saya nak sebut apa yang berlaku di Amerika sahaja.
Setelah sekian lama Jabatan Keadilan (Justice Department – DOJ) mengambil beberapa tindikan sivil dan merampas harta bagi membolehkan penjenayah 1MDB tidak boleh beraya dengan hasil jenayah mereka, hari ini Roger Ng, pegawai pelaburan Goldman Sachs, bank yang membantu 1MDB mendapatkan pembiayaan, didakwa bersubahat dengan penyanggak-penyanggak 1MDB untuk menipu dan melakukan jenayah-jenayah lain.
Goldman Sachs pun dah membuat penyelesaian dengan DOJ dan membayar denda berjumlah USD 2.3 bilion, menyerahkan balik bayaran yang diterimanya berjumlah USD 600 juta dan anak syarikat Malaysianya mengaku bersalah di mahkamah Amerika. Jadi jenayah di 1MDB memang benar-benar berlakulah, bukan reka-rekaan semata-mata.
Tentunya di dalam perbicaraan ini akan ada banyak bukti-bukti jenayah yang akan keluar. Namun, sebagaimana dengan perbicaraan di Malaysia, ramai orang yang tidak peduli walaupun di dalam masa yang sama mereka mahu undang-undang seperti hudud dilaksanakan. Inilah kelebihan orang Malaysia.
Sama-samalah kita perhatikan apa yang akan didedahkan seterusnya di dalam perbicaraan ini.
Sumber:
Tonton:
BACA JUGA : Ini cara nak jimat minyak kereta yang ramai belum tahu
Markah turun naik waktu Big Stage, Tok Ti tampil buat penjelasan