Penyokong Umno mahu PRU segera, penyokong Pas mahu Muyiddin kekal terajui negara

Penyokong Umno mahu PRU segera, penyokong Pas mahu Muyiddin kekal terajui negara

Penyokong Umno dan PAS berbeza pendapat mengenai apa yang perlu dilakukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menurut tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE).

Sebilangan besar penyokong Umno (72 peratus) menyokong Muhyiddin untuk mengadakan pilihan raya, manakala kebanyakan penyokong PAS (74 peratus) mahu dia mentadbir sehigga habis penggal parlimen.

Subset responden ini antara 8,352 individu yang ditinjau oleh IDE antara 19 Februari dan 28 Februari lalu.

IDE berkata “persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan berperingkat (multi-stage sampling).”

“Profil responden adalah merangkumi jantina, umur, kaum, sokongan kepada parti dan trend keputusan PRU14,” katanya.

Hasil tinjauan itu didapati daripada laporan Siaran Media SIRI KE-3 Mood Rakyat.

Penyokong Umno dan PAS juga tidak mencapai kesepakatan sekiranya Muhyiddin berjaya dalam menangani wabak Covid-19.

Walaupun 69 peratus penyokong Umno berpendirian kepimpinan Muhyiddin gagal dalam mengawal penularan Covid-19 secara berkesan, 86 peratus penyoking PAS berpendapat sebaliknya.

Menurut IDE, data ini menunjukkan perbezaan ketara sikap penyokong Umno dan PAS.

“Jelas berdasarkan data responden penyokong Umno, mereka mempunyai persepsi yang rendah dan negatif terhadap Kerajaan Perikatan Nasional khususnya suara akar umbi.

“Justeru senario ini mengesahkan penolakan Umno terhadap Perikatan Nasional dan pelbagai konflik yang timbul antara keduanya.

“Sikap penyokong PAS dilihat berbeza; lebih bersikap positif dan pragmatik terhadap kepimpinan TSMY dan Kerajaan Perikatan Nasional,” kata tinjauan itu.

Perbezaan sikap antara penyokong Umno dan PAS ini kata IDE lagi yang dilatari oleh pelbagai latar belakang terkait dengan strategi politik, reaksi akar umbi, survival kerusi Parlimen dan DUN, masa depan parti politik dan dinamiknya sokongan pengundi atas pagar.

“Senario ini juga menjadi tanda tanya terhadap kedudukan PAS samada untuk memilih antara dua gabungan iaitu bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional, atau bersama Umno dalam Muafakat Nasional pada PRU 15 akan datang,” kata IDE.

Tinjauan yang sama juga mencadangkan bahawa cuma satu antara lima responden yang menyokong Muhyiddin melengkapkan penggal jawatan perdana menteri.

IDE, badan pemikir dan penyelidikan yang ditubuhkan pada 2015 serta didanai kerajaan Selangor.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/565437