Penyelewengan TH yang didiamkan Asyraf Wajdi

PENYELEWENGAN TABUNG HAJI/PT BORNEO PACIFIC DI ERA UMNO/BN. KENAPA DS NAJIB@ASYRAF WAJIDI SENYAP ???

TH Indo-Plantations di Indonesia, telah dijual dengan harga USD910 juta tahun 2012 kepada syarikat Indonesia, PT Borneo Pacific, menyebabkan kerugian sebanyak USD18.2 juta, dan sehingga kini, Tabung Haji (TH) tidak terima bayaran penuh dari PT Borneo Pacific.

Akibatnya, kerugian telah ditanggung oleh anak-anak syarikat TH (TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo- Industries Sdn Bhd).

Pada 29 November 2018, TH membuat laporan polis terhadap bekas Pengerusi, Azeez Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Ismee Ismail, Johan Abdullah serta 4 pengurusan kanan, atas dakwaan penahanan maklumat berkaitan penjualan 95% saham TH dalam THIP, menyebabkan kerugian besar kepada TH.

Pengurusan baru TH telah membongkar bahawa pengurusan lama TH di era Umno/Bn, membayar deposit pendahuluan kepada PT Borneo sebanyak USD178.6 juta, tanpa kelulusan TH untuk penebusan kepada Maybank Islamic Berhad (Discaj Gadaian).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ismee Ismail juga telah bertindak memalsukan dokumen iaitu meminda tarikh bayaran. Pembelian tersebut, sepatutnya dibayar pada 14 Disember 2012, ditunda ke tarikh lewat 31 Mac 2013.

Perbuatan mengubah tarikh boleh menyebabkan
pembatalan perjanjian jualbeli bersyarat (CSPA) dengan PT Borneo serta pembatalan deposit USD18.2 juta dari PT Borneo.

Maklumat-maklumat penting yang disembunyikan:

Pembayaran penuh kepada TH belum dibuat, namun semua saham THIP dipindahkan kepada penama PT Borneo, Pt Nusa Prima Energi.

Ismee, Rifina dan Hazlina tidak mendedahkan pemindahan saham itu akan melupuskan hak TH ke atas saham THIP.
Saham-saham dipindahkan kepada PT Borneo walaupun pembayaran tidak diterima sepenuhnya.

[email protected]
28/01/20

Sumber Asal :
Lembaga Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, WP
Tel: +603 2054 2000/+603 2054 2233/+603 2054 2400.
Fax: +603 2163 2308.

RUJUKAN :

https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-th-yet-receive-full-payment-indonesian-deal

https://www.sinarharian.com.my/article/8754/BERITA/Nasional/Skandal-melanda-Tabung-Haji-Selamatkah-wang-pendeposit