Penyanyi Rap maut ditembak ketika sedang live di Instagram

Penyanyi Rap maut ditembak ketika sedang live di Instagram

Penyanyi rap, Indian Red Boy atau nama sebenarnya Zerail Dijon Rivera, ditembak tiga kali di kepala ketika melakukan penggambaran langsung di Instagramnya.

Indian Red Boy dead: Rapper shot and killed while filming an Instagram live - Mirror Online

Mangsa berumur 21 tahun.

Memetik laporan Daily Star, dia disahkan meninggal dunia sebelum polis tiba di lokasi kejadian di bandar Hawthorne, California.

Polis mendapati tubuhnya tersandar di tempat duduk keretanya selepas ditembak tiga kali di kepala.

Ketika kejadian mangsa sedang bersiaran langsung di Instagram bersama personaliti media personality Kapone apabila serangan itu berlaku.

Peminat yang menyaksikan lintas langsung itu boleh mendengar bunyi tembakan maut yang membunuh mangsa.

Berdasarkan laporan polis, mereka yang menonton juga boleh mendengar suara penyanyi rap itu ‘minta tolong’ sebelum dia rebah di tempat duduk keretanya selepas ditembak.’

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/07/penyanyi-rap-indian-red-boy-mati-ditembak-ketika-live-di-instagram/

BACA JUGA : Panas !!! Pendedahan Frontliners ini sesuatu yang mengejutkan, kata Najib