Penjelasan tanda warna hijau ketika mohon KWSP, wajib ambil tahu

Penjelasan tanda warna hijau ketika mohon KWSP, wajib ambil tahu.Ketika ini, ramai yang sedang gigih masuk portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my untuk menyemak status KWSP masing-masing. Semuanya berharap agar mendapat berita baik dengan mendapat status berwarna hijau yang terpapar PERMOHONAN ANDA TELAS DILULUSKAN KWSP.

Izinkan kami berkongsi serba-sedikit maklumat yang kami tahu berkenaan Pengeluaran Khas KWSP ini.

 

Bila status PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA KWSP akan bertukar hijau?
Mesti anda sudah muak dengan ayat cliche yang sentiasa memunculkan dirinya yang berwarna purple itu bila buat semakan iaitu PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA.

So what? Tahulah sudah terima. Persoalannya, bila akan bertukar ke warna hijau yang tertulis status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN?

Bertenang.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh pihak KWSP di laman Facebook, status ini bermaksud permohonan Pengeluaran Khas KWSP anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.

Jadi, apabila pihak KWSP sudah semak kelayakan secara keseluruhan dan selesai memproses permohonan anda, sudah tentu

Kalau masih belum bertukar ke status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN KWSP, apa perlu buat?

Sila bertabah dan teruskan cek KWSP 10k melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Walau bagaimanapun, ada pemohon yang komen di Facebook rasmi KWSP mengatakan menerima sudah menerima status PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN dan menerima tarikh 21 April 2022 sebagai tarikh pembayaran. Buat masa ini, kami masih belum dengar ada yang menerima tarikh 20 April sebagai tarikh bayaran KWSP 10k.

Semakan di laman Facebook rasmi KWSP juga tidak menunjukkan apa-apa kemaskini terbaru. Posting terakhir adalah pada 16 April 2022 berkenaan pembayaran KWSP 10k yang akan dibayar secara berperingkat.

Macam mana nak tahu status LULUS KWSP 10k melalui Withdrawal History i-AKAUN?

Sekiranya anda telah mendaftar i-Akaun KWSP online, anda juga boleh check status LULUS Pengeluaran Khas KWSP.

Melalui Withdrawal History di dalam i-AKAUN, anda boleh semak tarikh pembayaran KWSP 10k dan anggaran bila duit akan masuk ke dalam akaun bank.

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk semak status Pengeluaran Khas KWSP 10k:

Layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Pilih bahasa, iaitu BM untuk Bahasa Melayu dan EN untuk Bahasa Inggeris
Masukkan USER ID
Sila ambil perhatian, USER ID ialah username yang anda create masa register i-Akaun
USER ID bukan nombor ahli KWSP
Tekan butang Next
Masukkan PASSWORD
Tekan butang Login
Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya login ke dalam i-Akaun
Pergi ke bahagian atas skrin yang mempunyai beberapa menu:
PROFILE
NOMINATION
SIMPANAN SHARIAH
MY ACCOUNT
ENQUIRY
INVESTMENT
WITHDRAWAL
INBOX
Klik WITHDRAWAL
Klik Withdrawal History di sebelah kiri skrin
Semua sejarah pengeluaran duit KWSP anda akan terpapar di sini
Lihat amaun Pengeluaran Khas KWSP anda
Lihat tarikh bila duit akan dikreditkan ke dalam akaun bank
Selesai

TONTON :