Penipuan besar Zafrul, Lim akan bongkar segalanya pagi esok

Penipuan besar Zafrul, Lim akan bongkar segalanya pagi esok

Lim Guan Eng dalam status terkini menegur Menteri Kewangan sebagai satu penipuan besar.

Ciapan Lim itu merujuk kepada senarai rundingan terus yang disebarkan oleh Tengku Zafrul hari ini.

Lim Guan Eng akan membuat pendedahan pada jam 11 pagi esok berhubung dakwaannya itu.

Isu rundingan terus menjadi hangat semalam apabila Menteri Kewangan membuat pendedahan kerajaan PH turut mengamalkan rundingan terus. Sebanyak RM 6.61 Bilion dikatakan projek rundingan terus berlaku di zaman PH.

Lim bagaimanapun meminta senarai itu didedahkan kepada orang ramai.

Sumber :