Peningkatan suhu global, Tun M ingatkan rakyat bersedia hadapi lebih banyak bencana alam

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan masyarakat supaya bersedia berdepan lebih banyak bencana alam akibat peningkatan suhu yang menjadi sebahagian daripada perubahan bumi.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkongsi di Twitternya mengenai kadar penduduk dunia kini semakin meningkat dan setiap individu akan menghasilkan haba bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Ujar beliau, antaranya manusia perlu memasak, memanaskan diri pada musim sejuk, membakar bahan api untuk enjin dan penjanaan kuasa dan menghasilkan haba.

Peningkatan suhu global, Tun M ingatkan rakyat bersedia hadapi lebih banyak bencana alam

Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kebelakangan ini, manusia semakin sedar dan prihatin dengan keadaan pemanasan global yang mana ia berlaku disebabkan oleh penjanaan haba pelbagai aktiviti manusia.

“Situasi ini mungkin menjadi lebih teruk. Kita perlu bersedia untuk perubahan dan lebih banyak bencana alam yang akan datang,” ciapnya di Twitter pada Selasa.

Menurut beliau, manusia menebang pokok selain kebakaran hutan yang teruk mengakibatkan penghasilan haba dan karbon dioksida.

“Semua perkara ini menyumbang pada pemanasan global. Tetapi kita tidak boleh lupa bumi telah melalui banyak perubahan dalam jutaan tahun kewujudannya.

“Bumi bergerak dan berputar setiap 24 jam, condong supaya utara dan selatan menjadi sejuk atau panas secara bergantian, manakala kawasan Khatulistiwa kekal panas apabila matahari bersinar di kawasan tropika sepanjang tahun,” jelas beliau.

BACA JUGA : Persatuan Penduduk dedah kebun durian haram di Bukti cherakah masih aktif walau sudah ada notis amaran
[Video] Detik cemas pekerja disambar petir sempat dirakam cctv

Artikel ini disiarkan pada 30/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)